Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Soalan Lazim

Soalan Lazim Unit Mineral

Bagaimana saya ingin mengetahui pelombong mempunyai lesen melombong yang masih aktif?
Mendapatkan maklumat melalui dokumen “carian rasmi” Lesen Melombong yang dimaksudkan, di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
Bagaimanakah saya mahu memeriksa nama-nama syarikat yang menjalankan perlombongan bijih timah?
Merujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang menyimpan rekod-rekod perlombongan dan melalui maklumat di internet.
Bagaimanakah saya mahu memohon lesen untuk membawa bijih timah?
Mengemukakan permohonan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang beserta dokumen. (Borang permohonan yang lengkap Borang KT: 1 Pindaan 1)
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melakukan operasi kuari atau dengan lebih tepat pembukaan sesuatu kuari.

Mengemukakan permohonan kelulusan Operasi Pengkuarian kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang :-

  1. Lesen Pendudukan Tapak Kuari Yang Sah
  2. Sijil Pendaftaran Perniagaan
  3. Skim Melombong yang disediakan oleh Jurutera Perunding
  4. Surat Kelulusan EIA (sekiranya perlu)
Bagaimanakah jika ingin membuat permohonan baru melombong?

Mulai 01 Januari 2021,semua permohonan baru perlulah melalui Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC).

Apakah perbezaan Mining Certificate (MC), Perakuan Lombong dan Mining Lease?

Mining Certificate - Bermaksud dokumen MC yang juga merupakan kelulusan bagi tujuan melombong sebelum Perakuan Lombong dikeluarkan. Pengeluaran kedua-dua dokumen ini adalah dibawah undang-undang terdahulu F.M.S. CAPS,147. Mining Lease adalah lesen melombong terkini dan digunapakai bagi tujuan melombong.

Apakah yang dimaksudkan dengan F.M.S CAPS,147?

F.M.S bermaksud Federal Malay State, CAPS,147 bermaksud chapter 147.