- Jadual bayaran seperti Jadual 1 di bawah.
- Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) dan Perintah Jual (Lelong) yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021, akan dikenakan pada kadar lama mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992 (Pindaan) 2015 dan pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.
- Pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah bagi lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dikenakan mengikut Kaedah 57 item no.(38) dan (47) KTP 1992 (Pindaan) 2020.
- Fi pendaftaran pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.
- Pelaksanaan Kaedah 57 item no.(38) KTP 1992 (Pindaan) 2020 kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA), Rumah Makmur Negeri Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021.
- Fi pendaftaran pindah milik tanah (pemberian kasih sayang) daripada ibu dan/ atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya dan di antara adik beradik kandung dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.
JADUAl 1 | |
---|---|
Remisyen bagi Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) - Kaedah 57 Item No.38 KTP 1992 | |
*Panduan: Jadual Bayaran Pendaftaran Pindahmilik | Fi |
RM 50,000 dan ke bawah | Dikenakan kadar minimum RM 100 |
Melebihi RM 50,000 - RM 100,000 | RM 125 |
Melebihi RM 100,000 - RM 150,000 | RM 500 |
Melebihi RM 150,000 - RM 250,000 | RM 750 |
Melebihi RM 250,000 - RM 300,000 | RM 1,000 |
Melebihi RM 300,000 - RM 400,000 | RM 1,200 |
Melebihi RM 400,000 - RM 600,000 | RM 2,500 |
Melebihi RM 600,000 - RM 750,000 | RM 3,000 |
Melebihi RM 750,000 - RM 1,000,000 | RM 3,500 |
Melebihi RM 1,000,000 - RM 1,500,000 | RM 4,000 |
Melebihi RM 1,500,000 - RM 2,000,000 | RM 4,500 |
Melebihi RM 2,000,000 - RM 2,500,000 | RM 5,000 |
Melebihi RM 2,500,000 - RM 3,000,000 | RM 5,500 |
Melebihi RM 3,000,000 ke atas | RM 6,000 |
Remisyen bagi Perintah Jual (Lelong) - Kaedah 57 Item No.47 KTP 1992 | |