Soalan Lazim Unit Pelupusan
Bayaran proses untuk mengurangkan bayaran premium tanah Notis 5A adalah mengikut amaun hasil :
a) tidak melebihi RM1,000.00 – RM 50.00
b) melebihi RM1,000.00 tetapi tidak melebihi RM10,000 – RM 100.00
c) melebihi RM10,000.00 – RM 500.00
Mengikut kaedah Tanah Pahang Perkara 7(4) tempoh yang diberikan untuk Pentadbir Tanah dan Daerah melanjutkan tempoh Notis 5A ialah tidak melebihi 6 bulan, manakala di peringkat Pengarah Tanah dan Galian adalah tidak melebihi 9 bulan.
Berdasarkan Seksyen 67(3) KTN permohonan membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) si semua daerah kecuali daerah Cameron Highlands untuk kali kedua hingga keempat adalah diluluskan oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pembaharuan seterusnya adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Sebelum tuan mengemukakan permohonan, pihak tuan perlu mengenalpasti tanah yang ingin dipohon dan membuat tekapan pelan di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan. Bayaran akan dikenakan mengikut pelan yang dikehendaki.
Setelah itu, tuan perlu mendapatkan Borang 1 (Permohonan Tanah Kerajaan) di Pejabat Tanah dan Daerah. Setelah semua maklumat yang dikehendaki di dalam Borang 1 telah dilengkapkan, tuan boleh mengemukakan borang tersebut ke Pejabat Tanah yang berkenaan bersama-sama tekapan pelan dan menjelaskan bayaran fee berkaitan.
Surat makluman penerimaan tuan akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan dan disertakan dengan nombor rujukan fail. Tuan perlu menggunakan nombor rujukan ini setiap kali berurusan dengan Pejabat Tanah berkenaan.
Tuan boleh berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.
- Cukai tanah tahun pertama;
- premium (jika dikenakan);
- bayaran ukur jika pengukuran akan dijalankan oleh Pegawai Ukur Kerajaan; dan
- bayaran penyediaan dan pendaftaran hakmilik sementara dan hakmilik tetap.