Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Soalan Lazim

Soalan Lazim Unit Pendaftaran

Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?

Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

Bolehkan perubahan dibuat pada borang suratcara?

Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas (initial).

Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?

Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah sahaja (Peranggan 3, Jadual ke 5 KTN)

Bolehkah PTG menerima perserahan yang tidak lengkap?

Tidak boleh, PTG hanya menerima perserahan yang lengkap sahaja mengikut senarai semak yang berkaitan.

Siapakah yang boleh atau layak untuk membuat permohonan memotong kaveat?

Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.

Bagaimanakah cara permohonan pemotongan kaveat dibuat?

Permohonan pemotongan kaveat boleh dipohon kepada Pentadbir Tanah melalui Seksyen 326 KTN (Borang 19H) atau melalui Perintah Mahkamah berdasarkan Seksyen 327 KTN.

Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan?

Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum urusniaga boleh dilaksanakan (Seksyen 301A KTN).

Bolehkah segala urusan di Unit Pendaftaran dibayar dengan menggunakan cek?

Ya, bayaran boleh dibuat dengan menggunakn cek, bank deraf, wang pos dan wang tunai.

Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang Pindahmilik)?

Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan, disamping cara-cara pengisian tertentu. Setiap pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual KTN hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah siap diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang berkaitan itu sendiri bagi kes-kes yang melibatkan syarikat dan perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang perbadanan dan syarikat yang berkaitan untuk berbuat demikian.

Semua suratcara yang dilaksanakan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam Jadual Ke 5, KTN dan bagi kes syarikat dan perbadanan, sebagaimana yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.

Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah distemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan.

Selain daripada itu, dokumen-dokumen iringan perlu disertakan dan bayaran-bayaran yang tertentu perlu dijelaskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kaveat Persendirian dan bagaimana cara-cara untuk mengisi Borang Kaveat Persendirian (Borang 19B)?

Maksud Kaveat ialah larangan terhadap urusniaga (Restraint On Dealing) dan ia dimasukkan untuk menjaga kepentingan orang yang ada kepentingan terhadap tanah atau kepentingan itu.

Kaveat merupakan satu alat pengurusan yang mudah dan murah yang disediakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) untuk melindungi kepentingan tertentu.

Permohonan Kaveat persendirian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang 19B dan diisi lengkap dan diakusaksi dan menyatakan ciri-ciri tuntukan samada kaveat yang hendak dimasukkan itu mengikut tanah atau kepentingan Seksyen 323 (2). Bayaran sebagaimana yang ditetapkan dan surat Akuan Sumpah hendaklah disertakan bersama.

Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang?

Pihak yang berkepentingan perlulah:

  • memastikan hakmilik (PTG/ Pejabat Tanah) yang betul;
  • memastikan pemilik berdaftar bagi hakmilik;
  • jika pemilik berdaftar telah meninggal dunia waris boleh membuat permohonan dengan mengemukakan : Surat kuasa mentadbir (letter of Administration), geran Probat atau Perintah pembahagian harta pusaka (Borang E);
  • membuat surat akuan bersumpah;
  • menyediakan salinan sah kad pengenalan pemohon (individu) dan carian maklumat syarikat/perbadanan (syarikat/perbadanan);
  • menyediakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah Tanah Pahang sebanyak RM100.00 bagi satu hahkmilik kekal (PN, GRN) dan RM90.00 bagi hakmilik sementara (HSD).