Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Fungsi Unit

Unit Audit Pengurusan

Unit Audit Pengurusan di PTG Pahang telah ditubuhkan pada Julai 2008. Unit ini dibahagikan kepada tiga (3) fungsi iaitu

Korporat

  • Merancang, menyelaras dan menjalankan fungsi KORPORAT sebagai urus setia yang efektif dan efisien dalam mengurus program/ aktiviti/ mesyuarat yang melibatkan Pengarah Tanah dan Galian Pahang;
  • Menyelaras Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah (CADO);
  • Menyelaras Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)  MS ISO 9001:2015;
  • Menyelaras Mesyuarat Pagi bersama Pengarah Tanah dan Galian Pahang;
  • Menyelaras semakan dan penghantaran Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK);
  • Menyelaras penyediaan maklumbalas mesyuarat-mesyuarat Pengarah; dan
  • Menyelaras penyediaan jawapan soalan Dewan Undangan Negeri.


Kualiti
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan fungsi KUALITI di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan mendapat pengiktirafan sewajarnya;
  • Menyelaras dan memantau pengekalanpensijilan MS ISO 9001:2000 di PTG;
  • Memantau dan mengemaskini Key Performance Indicator(KPI) PTG; dan
  • Menyelaras program Inovasi PTG.


Audit Pengurusan
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan fungsi AUDIT PENGURUSAN dalam memantau pelaksanaan peraturan dan pekeliling-pekeliling bagi memantapkan dasar-dasar Pentadbiran Tanah;
  • Menyelaras dan memastikan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang dilaksanakan di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT); dan
  • Menyelaras dan memantau pencapaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) PTG.