Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2023


21 September 2023 di Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang berlangsung dengan meriah Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2023. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Turut hadir mengiringi ialah Pegawai Daerah Jerantut, YH. Dato' Khairun Nissa binti Aris dan mewakili Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Puan Siti Nor Rafidah binti Saiman, Timbalan Pengarah (Pendaftaran) PTG Pahang.

Dalam majlis sama, YB. Dato' Sri telah menyampaikan Sijil Pelantikan Rakan Komuniti UE kepada 9 Penghulu Mukim dan 10 orang pembayar cukai telah menerima Sijil Penghargaan Pembayar Cukai Tanah Terawal Tahun 2023. Kesemua pembayar cukai ini telah menjelaskan cukai tanah mereka pada Januari 2023 yang lalu. Mewakili Kerajaan Negeri, YB. Dato' Sri juga telah menerima tujuh cek replika bayaran premium dan Notis 5A dari syarikat tersebut:

1) Empire Golden Oil Sdn Bhd - RM434,645.00
2) A&T Associates Group Sdn Bhd - RM115,200.00
3) Doyenvest (M) Sdn. Bhd. - RM164,463.34
4) Seng Chap Wah Timber Merchant Sdn Bhd - RM222,113.50
5) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang - RM17,463.00
6) Jawatankuasa Bertindak Memohon Tanah Kampung Paya Gunung - RM570,862.00
7) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang - RM56,900.00

Kutipan keseluruhan hasil tanah bagi karnival kali ini ialah RM685,578.84.

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut

Karnival Tanah Jerantut