Pejabat PTG berkomited menyediakan perkhidmatan yang efisyen bagi memenuhi kehendak pelanggan berasaskan piawaian MS ISO 9001: 2015 dalam mengurus dan mentadbir kerja-kerja yang berkaitan dengan urusan tanah selaras dengan dasar kerajaan serta menepati kehendak undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta meningkatkan kualiti secara berterusan untuk keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya.
Objektif Kualiti Jabatan
Unit Integriti
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memastikan sebanyak 80% daripada aduan yang diterima diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja | a) Akuan penerimaan aduan kepada pelanggan melalui emel/ facebook direspon melalui sistem auto response dan aduan melalui surat/ borang aduan direspon melalui surat dalam tempoh satu (1) hari bekerja. b) Aduan yang diterima dikemukakan kepada unit yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. c) Maklum balas aduan dikemukakan kepada pelanggan. |
Aduan pelanggan dan maklumbalas daripada unit yang berkaitan | Pengurusan Jabatan Pemilik Prosedur |
Dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh aduan diterima | Aduan diselesaikan dan dimaklumkan kepada pengadu |
2. | Mencapai 85% tahap kepuasan pelanggan | a) Menjalankan kajian tahap kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran. b) Menganalisis data daripada kajian. c) Dapatan kajian dibentangkan dalam MKSP. |
Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman dan Luaran | Pengurusan Jabatan Pemilik Prosedur |
Sekali Setahun | Berdasarkan analisa daripada soalselidik menggunakan skala tahap kepuasan pelanggan |
Unit Khidmat Pengurusan
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Melaksanakan audit ke atas Sistem Pengurusan Kualiti PTG bagi memastikan semua aktiviti yang terlibat di audit dan disahkan berkesan dan sesuai sepanjang masa | Melatih dan melantik Juru Audit baru | Pegawai dan Kakitangan yang berkebolehan dan berpengalaman | Pengurusan Jabatan | Setiap tahun | Tugasan audit di selesaikan mengikut jadual dan pengesahan dapat dilakukan |
2 | Memastikan urusan kenaikan pangkat pegawai yang layak dilaksanakan mengikut tempoh kelayakan | Mengenal pasti pegawai yang layak melalui jadual. | Perjawatan PTG Pahang | Unit Perkhidmatan | Setiap tahun | Semakan dan maklumat pegawai dan kakitangan |
3. | Memastikan kenderaan jabatan diuruskan dengan teratur dan kenderaan diselenggarakan mengikut jadual yang ditetapkan | Penyediaan jadual penyelenggaraan. Kenderaan akan diselenggara mengikut jadual | Pemandu / kenderaan | Pegawai kenderaan | Setiap bulan | Melalui Laporan Mesyuarat JKPAK Dan JKPA |
4. | Memastikan 65% kakitangan menghadiri kursus 7 hari dalam setahun | a) Mengenal pasti keperluan latihan kakitangan. b) Penyediaan jadual latihan c) Laksanakan latihan mengikut jadual |
Kakitangan jabatan peruntukan Jabatan Kelengkapan Latihan | Unit Perkhidmatan | Setiap tahun | Kursus yang dilaksanakan mengikut jadual sistem pangkalan data. |
5. | Memastikan semua bil dan tuntutan yang lengkap diproses bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna |
Pesanan tempatan invois yang diterima daripada pembekal akan diserahkan kepada bahagian kewangan untuk diproses | Kakitangan | Unit Kewangan | Diproses dalam tempoh 14 hari | Semakan bayaran dilakukan 1 bulan sekali |
Unit Teknologi Maklumat
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Penyelenggaraan pencegahan aset ICT diadakan sekali setahun | Jadual penyelenggaraan pencegahan Aset ICT Tahunan | Borang Penyelenggaraan Berjadual Peralatan ICT | Semua pegawai dan kakitangan Unit Teknologi Maklumat | Akhir tahun | Laporan Penyelenggaraan Pencegahan |
2. | Menguruskan penyelenggaraan pembaikan aset ICT mengikut aduan kerosakan dari pengguna a) Pembaikan sendiri : 3-4 hari b) Pembaikan Luar (Pembekal) : 1-2 bulan |
Aduan kerosakan aset ICT daripada pengguna | Borang Aduan Kerosakan KEWPA.10 | Semua pegawai dan kakitangan Unit Teknologi Maklumat | a) Pembaikan sendiri : 3-4 Hari b) Pembaikan Luar (Pembekal) : 1-2 bulan |
Analisa laporan pembaikan |
3. | Pengurusan operasi backup dilaksanakan secara bulanan | Semakan pelaksanaan a. Backup di NAS bagi sistem i. SPTB ii. SHTB iii. PLGS iv. eConsent v. Consent2u vi. Portal Rasmi |
a. Borang Log Pelaksanaan Backup b. Borang Pelaksanaan Housekeeping Data Backup. c. Borang Pelaksanaan Restorasi d. Laporan Pencapaian Backup |
Semua pegawai dan kakitangan Unit Teknologi Makluat | Pencapaian backup dinilai secara bulanan serta operasi backup, housekeeping dan restorasi berjaya dilaksanakan | Analisa Laporan Pencapaian Backup |
Unit Pendaftaran
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Mendaftar urusan pindahmilik tanah dalam tempoh 1 hari bekerja (24 jam). | a) Menambah bilangan kakitangan. b) Menambahbaik senarai semak |
BPSM, Jabatan, KTN, KTP, APTN, Pekeliling JKPTG | Ketua Unit | Setiap hari | Laporan Harian secara online |
2. | Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 14 hari bekerja. | a) Menambah bilangan kakitangan. b) Menambahbaik senarai semak |
BPSM, Jabatan, KTN, KTP, APTN, Pekeliling JKPTG | Ketua Unit | 14 hari berkerja | Laporan Bulanan |
3. | Mendaftar kebenaran urusniaga (consent): a) Pemberian kasih sayang dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja. b) Permohonan jual beli (selain Melayu kepada Bukan Melayu) hakmilik Pejabat Tanah dan Pendaftar dalam tempoh 10 hari bekerja. c) Permohonan jual beli Melayu kepada Bukan Melayu diangkat untuk kelulusan YAB. Menteri Besar dalam tempoh 10 hari bekerja. |
a) Menambahbaik infranstruktur sedia ada. b) Mengemaskini senarai semak. |
KTP, APTN, Pekeliling JKPTG, e-Consent, Consent2U | Ketua Unit Consent Pegawai Teknologi Maklumat |
Mengikut tempoh yang ditetapkan. | Laporan Bulanan secara Manual dan online |
Unit Pelupusan
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memastikan permohonan pelupusan tanah yang lengkap diangkat ke MMK dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh diterima di unit. | Memastikan fail permohonan yang diterima daripada daerah lengkap dan teratur. | Kanun Tanah Negara (Arahan Pentadbiran dari semasa ke semasa) | PT, KPPT, PPTG, KPPTG, TPTG | 60 hari bekerja dari tarikh fail permohonan diterima jika tiada sebarang kuiri kepada daerah mahupun ulasan teknikal daripada jabatan yang terlibat. | Laporan berkala setiap suku tahun. |
Unit Pembangunan
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memastikan permohonan pembangunan tanah lengkap diangkat ke MMK dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan | Memperbaiki proses kerja, menyediakan dan menghantar kertas kelulusan melalui e-mel | a) Piagam Pelanggan PTG b) Arahan bersurat daripada PTG kepada PDT |
PT, KPPT, PPTG, KPPTG, TPTG PEGAWAI ICT |
Disiapkan dalam tempoh 60 hari bekerja | Laporan setiap bulan |
Unit Hasil
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memastikan sasaran kutipan hasil tanah secara tahunan sebanyak 90% daripada sasaran yang ditetapkan | a) Pemantauan kutipan hasil secara mingguan, bulanan dan suku tahunan b) Pemantauan melalui jawatankuasa task force c) Pengeluaran notis 6A dan 8A d) Menjalankan promosi |
Peruntukan kewangan daripada Pejabat Kewangan | Penolong Pengarah Hasil | Setiap tahun | Berdasarkan Laporan kutipan hasil tanah |
Unit Strata
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memproses permohonan pecah bahagi bangunan yang lengkap dalam tempoh 100 hari bekerja. | SOP pekeliling JKPTG 2014 | Pekeliling JKPTG Akta Hakmilik Strata 1985 |
Pembantu Tadbir (Mohon) | 100 hari bekerja daripada tempoh endorsan PBBM (Pecah Bahagi Bangunan Mohon) |
Rekod Pecah Bahagi Bangunan |
Unit Mineral
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Memproses permohonan Lesen Mencarigali dalam tempoh dua belas (12) bulan sehingga diangkat ke urusetia MMK. | Memastikan dokumen permohonan disemak dan lengkap | Akta Mineral 2005 Peraturan Mineral 2001 | PTG, PPTG, KPPT, PPT, KPT, PT, PP, PA, PO | Dua Belas (12) bulan | Kutipan Royalti, Bayaran Kelulusan dan Bayaran Deposit Wang Pemulihan Bersama |
2. | Memproses permohonan Pajakan Melombong dalam tempoh dua belas (12) bulan sehingga diangkat ke urusetia MMK. | Memastikan dokumen permohonan disemak dan lengkap | Akta Mineral 2005 Peraturan Mineral 2001 | PTG, PPTG, KPPT, PPT, KPT, PT, PP, PA, PO | Dua Belas (12) bulan | Kutipan Royalti, Bayaran Kelulusan dan Bayaran Deposit Wang Pemulihan Bersama |
3 | Memproses permohonan Lesen Melombong Tuan Punya dalam tempoh dua belas (12) bulan sehingga selesai | Memastikan dokumen permohonan disemak dan lengkap | Akta Mineral 2005 Peraturan Mineral 2001 | PTG, PPTG, KPPT, PPT, KPT, PT, PP, PA, PO | Dua Belas (12) bulan | Kutipan Royalti, Bayaran Kelulusan dan Bayaran Deposit Wang Pemulihan Bersama |
Unit Perundangan
Bil. | Objektif Kualiti | Apa Yang Nak Dilakukan | Sumber | Orang Yang Bertanggungjawab | Bila Akan Disiapkan | Cara Hasil Akan Dinilai |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | Menyemak penggubalan perundangan subsidiari dalam tempoh 1 bulan (tidak termasuk proses di MMK) | a) Membantu menyediakan draf kaedah atau peraturan yang ingin digubal atau dipinda. b) Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan dengan perundangan tersebut untuk mendapatkan maklumbalas mereka. |
Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain yang berkuatkuasa dan dasar-dasar Kerajaan. | a) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. b) Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri. |
Dalam tempoh 1 bulan tidak termasuk proses di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. | Disiarkan dalam warta negeri Pahang setelah dihantar untuk perwartaan kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri. |