Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Maran Tahun 2023


Majlis Perasmian Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Maran Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Majlis turut dihadiri oleh YH. Dato' Sharuddin bin Jali, Pegawai Daerah Maran.

Dalam ucapannya, YH. Dato' turut memaklumkan bahawa kutipan daripada hasil tanah tahun 2022 yang berjumlah RM766.66 juta adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan RM1.285 bilion kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada tahun lepas.
Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah berbesar hati untuk menawarkan insentif Pengecualian Denda Lewat kepada semua pemilik tanah berkuatkuasa mulai 22 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023 sempena jelajah Karnival Tanah Pahang ke semua daerah di negeri ini.

YH. Dato' Pengarah turut melawat ke tapak pameran bersama dif-dif jemputan dan turut menyantuni pengunjung serta pembayar cukai tanah di Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Maran. Sehingga jam 5.30 petang, jumlah kutipan hasil cukai tanah yang berjaya dikutip ialah RM50,026.00.
Tahniah diucapkan kepada seluruh kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Maran.

Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran
Karnival Tanah Maran