Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Pekan Tahun 2023


Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Pekan Tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 16 September 2023 mulai jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Karnival dimulakan dengan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Kategori Pelajar Sekolah Kebangsaan Tahap 2 dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan. Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Pekan yang dibuka untuk urusan bayaran cukai tanah telah diserbu orang ramai seawal jam 8.00 pagi.

Slot Forum Bicara Tanah telah bermula pada jam 9.45 pagi membariskan dua orang panel yang dijemput untuk mengulas topik yang dibicarakan iaitu:
a) Tatacara Penggunaan Tanah Selain Kategori Penggunaan Atau Syarat Nyata Tanah Pertanian dan Bangunan (58B dan 58C KTP) oleh Safzaidizam bin Salim dari PTG Pahang
b) Pentadbiran Pusaka oleh Puan Syazwani Mamat  dari JKPTG Pahang

Pengunjung turut mengambil kesempatan mengunjungi gerai jualan dan pameran dari pelbagai agensi dan syarikat termasuk Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah.

Majlis Perasmian Karnival Tanah Negeri Pahang Peringkat Daerah Pekan Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Sh. Mohmed Puzi bin Sh Ali, Ahli Parlimen Pekan. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato' Zaliza bin Zulkifli. Beliau juga turut meluangkan masa melawat ke tapak-tapak pameran jabatan dan agensi yang terlibat diiringi oleh Pegawai Daerah Pekan.

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Pekan Jumlah telah mencatatkan kutipan hasil tanah yang terkumpul sebanyak RM1,816,777.50.

 

 



 

Â