Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Lawatan Bermaklumat PTG Negeri Sembilan ke PTG Pahang


Pada 28 November 2023, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah menerima lawatan daripada delegasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Norfazrin binti Mohamad Noh, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), PPTG Negeri Sembilan bersama-sama pegawai-pegawai daripada Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan hari ini.

Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan bertukar maklumat berkaitan pelaksanaan cukai tanah di Negeri Pahang di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama yang strategik di antara kedua-dua negeri melalui perkongsian pendapat berkenaan isu-isu dalam pentadbiran tanah.

Lawatan PTG Negeri Sembilan

Lawatan PTG Negeri Sembilan

Lawatan PTG Negeri Sembilan