Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Pengesanan Dan Pendidikan Ke Atas Pematuhan Penggunaan Tanah Mengikut Syarat Nyata Dalam Hak Milik


Pada 26 September 2024 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan kepada tuan tanah yang menjalankan aktiviti komersial di atas kategori tanah Bangunan (Kediaman) yang tidak selaras dengan syarat kegunaan tanah. Melalui kempen ini tuan tanah dinasihatkan untuk membuat permohonan tukar syarat melalui seksyen 124 Kanun Tanah Negara atau Kaedah 58C Kaedah-kaedah Tanah Pahang dengan kadar segera.

Kempen ini diadakan secara berfasa dan bermula di kawasan sekitar Jalan Telok Sisek, Kubang Buaya, Alor Akar dan Kampung Bukit Ubi di daerah Kuantan. Selain memberi impak positif, ia juga merupakan salah satu langkah pemutihan penggunaan tanah oleh Kerajaan Negeri ke atas tuan tanah yang menjalankan aktiviti perniagaan di atas tanah kediaman tanpa kebenaran dan mewujudkan situasi menang-menang kepada tuan punya tanah berhubung syarat guna tanah. Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanahv

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah

Kempen Pematuhan Syarat Guna Tanah