Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

Berita

Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Daerah Rompin 2024


Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Rompin Tahun 2024 telah berjaya diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2024 di Dataran Pantai Hiburan, Kuala Rompin. Karnival kali ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 27 Julai 2024 jam 9.00 malam.

Dalam ucapannya, YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim menyatakan penganjuran karnival tanah ini merupakan satu usaha yang berjaya memberikan pulangan yang besar kepada negeri. Tahniah diucapkan kepada YH. Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin atas kejayaan penganjuran Karnival Tanah Rompin yang telah menarik minat ramai pengunjung.  Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan menunjukkan usaha yang gigih dalam mempromosikan Karnival Tanah di Peringkat Daerah. Ucapan tahniah turut dirakam kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin atas pencapaian kutipan hasil yang telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Beliau turut menyeru supaya setiap pemilik tanah menhayati slogan "Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab. jelaskan Cukai Tanah Anda". Slogan ini mendorong Kerajaan Pahang dalam mengembalikan kutipan hasil cukai kepada rakyat dalam bentuk pelbagai inisiatif dan bantuan.

Jumlah keseluruhan kutipan hasil  tanah yang berjaya dikutip sepanjang penganjuran Karnival Tanah di Rompin kali ini ialah RM24,545,086.50. Tahniah Pejabat Daerah dan Tanah Rompin!