Soalan Lazim Unit Hasil
Adakah kerajaan negeri berhak merampas tanah dan rumah milik kita?
Ya. Sekiranya cukai tanah tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan Seksyen 100, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Dimana boleh buat semakan dan bayar cukai tanah?
- Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
- Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Indera Mahkota, Kuantan
- Kaunter Bayaran Hasil Tanah, Aras Bawah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan
- Portal Rasmi : http://ptg.pahang.gov.my/
Boleh bayar secara online ke?
- Boleh. Mesti tahu nombor hakmilik (geran) dan Mukim
- Pembayaran melalui link berikut : https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
Jika tak ingat nombor hakmilik (geran)?
- Boleh datang ke kaunter Unit Hasil mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan (dalam Negeri Pahang) untuk membuat semakan.
- Sila bawa kad pengenalan.
Adakah cukai taksiran dan cukai tanah perkara yang sama?
Tidak. Cukai taksiran (cukai pintu) dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala cukai tanah dibayar kepada Pejabat Daerah dan Tanah.
Tinggal di kawasan perumahan pun kena bayar jugak ke?
Ya. Kawasan perumahan juga dikenakan cukai tanah.
Tinggal di Kuantan, tapi tanah di Rompin dan Jerantut. Boleh bayar di Kuantan ke?
Boleh bayar di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan (dalam Negeri Pahang).
Boleh saya bayarkan tanah ayah/ibu saya di kampong?
Boleh. Mesti tahu nombor hakmilik (geran) dan Mukim.
Bila tarikh akhir bayaran?
Cukai tanah hendaklah dibayar sebelum atau pada 31 Mei setiap tahun.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
- PTG PAHANG : 09-5712613
- PDT Kuantan : 09-5712579
- PDT Pekan : 09-4211774
- PDT Maran : 09-4771122
- PDT Rompin : 09-4145205
- PDT Temerloh : 09-2901313
- PDT Bentong : 09-2201513
- PDT Raub : 09-3551963
- PDT Lipis : 09-3121963
- PDT Jerantut : 09-2663511
- PDT Bera : 09-2553109
- PDT C/Highland : 05-4901718
Saya telah membuat bayaran cukai tanah melalui FPX tapi tetap menunjukkan belum bayar?
Tempoh kemaskini pembayaran secara online adalah selama tiga (3) hari bekerja.