Soalan Lazim Unit Strata
Merupakan hak milik yang dikeluarkan kepada setiap unit/petak yang telah dijual bagi:
- pembangunan hartanah yang berbilang tingkat (cth: kondominium, apartment, rumah pangsa, kompleks perniagaan, town house dan sebagainya); dan
- pembangunan hartanah yang mempunyai kawasan persendirian (cth : skim komuniti berpagar (GACOS))
Harta bersama merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contoh :
- Pondok pengawal keselamatan
- Tangki utama
- Bumbung bangunan
- Taman permainan
- Lanskap
- Lif
- Tangga
- Kolam renang
- Tempat letak kereta awam; dan sebagainya
Bangunan dan harta bersama ini perlu diselenggara dan diurus dengan sempurna oleh Perbadanan Pengurusan (Akta Hak Milik Strata 1985).
Tuan tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan. Jika beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang tingkat yang telah didirikan, tempoh yang dimaksudkan adalah 6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dai tarikh Sijil Layak Menduduki (C.F.), mengikut mana-mana yang terakhir.
Perhatian : Jika tuan tanah tidak menjual mana-mana petak, permohonan hakmilik strata adalah tidak diwajibkan.
Petak di dalam skrin strata, bermaksud unit di dalam satu bangunan yang mana hakmilik strata didaftarkan.
Petak aksesori merupakan petak-petak lain di dalam satu skim strata yang digunakan secara eksklusif oleh satu petak yang mana hakmilik strata itu didaftarkan. Contohnya ialah tempat letak kereta yang digunakan oleh pemilik petak tertentu sahaja.
Petak aksesori tidak boleh dijual berasingan atau pun didaftarkan secara berasingan sebagai datu hakmilik strata. Walaubagaimanapun pengubahsuaian boleh dibuat didalam keadaan-keadaan berikut :-
1. Bagi permohonan yang belum mengemukakan permohonan hakmilik strata:
iaitu membuat tambahan / ubahsuai (renovation) ke atas petak yang telah siap dibina boleh dipertimbangkan untuk kelulusan menurut seksyen-seksyen yang berkaitan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
2. Bagi permohonan yang telah mendapat hakmilik:
iaitu tiada apa-apa tambahan / ubahsuai boleh dibuat ke atas mana-mana bangunan yang telah dikeluarkan / didaftar hakmilik strata dibawah Akta Hakmilik Strata 1985;
3. Bagi permohonan yang belum mendapat hakmilik strata tetapi permohonan memecah bahagi bangunan dbawah Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 telah dikemukakan dan hanya menunggu proses kelulusan:
iaitu permohonan bloleh dipertimbangkan untuk kelulusan tetapi dengan syarat permohonan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Unit Strata Pejabat Tanah dan Galian Pahang dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-
- salinan dokumen hakmilik tanah
- surat kebenaran daripada pemaju membenarkan pengubahsuaian dilakukan
- salinan sijil layak menduduki bangunan
Sebelum dipanjangkan kepada Pengarah Ukur untuk tindakan pengubahsuaian pelan-pelan strata yang terlibat.
Unit syer merupakan jumlah syer bagi tiap-tiap petak semasa pecah bahagian bangunan dibuat dan didapati oleh PTG sebagai saksama (equitable) apabila beliau meluluskan pecah bahagian bangunan tersebut.
Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya untuk tujuan urusniaga / bukan urusniaga sebagai pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pesaka dan sebagainya;
- Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya;
- Hak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan dan di Mesyuarat Agung Luar Biasa;
- Hak ke atas Harta Bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan kepada petaknya.
- Hak kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan lain-lain lagi.
- Hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.
- Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagian bangunan ditamatkan dan tanah dijual.
Seseorang pemilik petak dilarang:
- Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang yang boleh merosakkan nama baik bangunan itu.
- Menggunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau yang busuk.
- Membuang sampah atau menjatuhkan apa-apa kotoran sampah.
- Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan kemarahan pemilik petak lain.
Setiap pemilik petak bertanggungjawab untuk :-
- Bayar caruman kepada Kumpulan Wang Pengurusan ('Management Fund');
- Mematuhi undang-undang kecil ('bylaws') yang terkandung dalam Jadual Ketiga, Akta Hak Milik Strata dan undang-undang kecil tambahan yang diluluskan oleh Perbadanan Pengurusan;
- Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa yang dipanggil oleh Perbadanan Pengurusan; dan
- Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimiliki.
Sekiranya pemilik petak enggan membayar caruman kumpulan wang pengurusan, petak tersebut boleh disita dan dibuat penahanan alih harta. dan sekiranya anda seorang penyewa, anda boleh menolak bayaran dan berhutang daripada sewa yang harus dibayar kepada pemilik.
Kumpulan Wang Pengurusan ini diuruskan oleh perbadanan pengurusan dan semua bayaran dibuat kepadanya. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran dan lain-lain.
Cukai pintu tidak termasuk di dalam Kumpulan Wang Pengurusan. Cukai pintu adalah cukai taksiran yang dikenakan terus kepada pemilik-pemilik petak oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Contohnya Majlis Perbandaran Kuantan untuk Daerah Kuantan atau Majlis Daerah Pekan untuk Daerah Pekan. Ia adalah kemudahan yang dibekalkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti menjaga kebersihan, mengutip sampah, menyelenggara jalanraya dan sebagainya.