Remisyen Kadar Cadar Cukai Tahun 2022 Kekal Seperti Tahun Ini
KUANTAN, 25 DISEMBER 2021: Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju mengekalkan remisyen kadar cukai tanah tahun depan (2022) sepertimana pada tahun-tahun 2020 dan 2021.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu diputuskan bagi meringankan beban rakyat khususnya dalam kalangan pembayar cukai tanah di Pahang, susulan pelbagai kekangan akibat wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.
“Dengan keputusan ini juga diharap dapat memberi ruang dan kesempatan kepada semua pemilik tanah di negeri ini untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun 2022 kelak,†katanya menerusi kenyataan media hari ini. - PAHANGMEDIA