Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Pengumuman

Pengumuman: Penutupan Kaunter Hasil Tanah dan Kaunter Pendaftaran


Dimaklumkan bahawa semua urusan kutipan hasil tanah tahun 2024 di negeri Pahang akan ditutup mengikut ketetapan di bawah:

Kaunter/Platform Tarikh dan Masa Penutupan
Kaunter Hasil di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang. Bermula 30 Disember 2024/ 12.30 tengah hari.
Kaunter Hasil di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Bermula 30 Disember 2024/ 12.30 tengah hari.
Kaunter Hasil di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang. Bermula 30 Disember 2024/ 12.30 tengah hari.
Bayaran cukai tanah melalui FPX. Bermula 30 Disember 2024/ 12.01 tengah malam.
Bayaran cukai tanah dan carian hak milik melalui aplikasi PahangGo. Bermula 30 Disember 2024/ 12.01 tengah malam.
Kaunter Pendaftaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang. Bermula 30 Disember 2024/ 12.30 tengah hari.
Kaunter Pendaftaran di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Bermula 30 Disember 2024/ 12.30 tengah hari.

Penutupan bagi Kaunter Pendaftaran hanya melibatkan Urusniaga/Bukan Urusniaga sahaja. Kaunter Pendaftaran masih dibuka bagi urusan selain Urusniaga/Bukan Urusniaga.

Semua kaunter/platform bayaran akan dibuka semula bagi urusan kutipan hasil tanah pada 2 JANUARI 2025 (KHAMIS).