Pengumuman: Lanjutan Penutupan Urusniaga/Bukan Urusniaga di Kaunter Pendaftaran Bagi Hak Milik Mukim Bentong
Dimaklumkan bahawa penutupan semua urusan Urusniaga/Bukan Urusniaga di Kaunter Pendaftaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan Kaunter Pendaftaran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong akan dilanjutkan lagi bermula 1 November 2024 hingga 15 November 2024. Penutupan ini dibuat bagi melaksanakan proses tukarganti hak milik Mukim Bentong kepada hak milik Daerah Kecil Genting.
Semua pemilik atau pihak berkepentingan yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil tindakan sewajarnya sebelum proses tukarganti dilaksanakan. Bagi hak milik selain daripada Mukim Bentong, urusan boleh dilakukan seperti biasa.