Insentif Pengecualian Denda Lewat Bayaran Cukai Tanah Sempena Karnival Tanah Pahang Tahun 2023
Sempena Karnival Tanah Pahang Tahun 2023 yang telah dianjurkan buat julung kalinya di daerah Raub pada 22 Julai 2023 yang lepas, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah kepada semua hak milik. Pengecualian ini akan dipanjangkan sehingga 16 Oktober 2023.
Karnival Tanah Pahang akan menjelajah ke daerah-daerah lain selepas ini. Nantikan pengumuman kami dari masa ke semasa di akaun Facebook dan juga laman web rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk maklumat lanjut.
Rebutlah peluang ini sekarang, jelaskan cukai tanah anda.

