Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Pengumuman

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bera Tahun 2023


Karnival Tanah Pahang akan meneruskan jelajahnya ke daerah Bera pada  9 September 2023 (Sabtu) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera. Pelbagai aktiviti dan manfaat menanti pengunjung yang hadir termasuklah kepada pemilik yang belum menjelaskan cukai tanah, anda berpeluang menikmati insentif pengecualian denda lewat jika anda membuat bayaran pada hari karnival nanti. 

Turut diadakan adalah sesi perkongsian ilmu melalui empat slot Bicara Tanah, penyampaian Suratan Hakmilik Felda Triang 1 dan gerai-gerai jualan. Majlis perasmian akan berlangsung pada tarikh dan tempat yang sama jam 10.30 pagi dan dirasmikan oleh YB. Dato' Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai.

Karnival Tanah Bera