Pengecualian Denda Lewat Tahun Semasa Cukai Tanah dan Cukai Petak
Kerajaan Negeri Pahang telah menawarkan insentif Pengecualian Denda Lewat Cukai Tanah dan Cukai Petak Semasa bagi tahun 2024 kepada semua pemilik tanah/petak yang berkelayakan bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 November 2024. Insentif ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 di Lipis pada 1 Jun 2024 lalu.Â

