Permohonan Semakan Hak Milik Strata
Semua pemohon/pelanggan yang ingin menjalankan urusniaga bagi hak milik strata perlu membuat permohonan semakan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk membolehkan pihak jabatan menyemak kesediaan geran hak milik dalam versi terkini sebelum pelanggan boleh menjalankan urusniaga di Kaunter Pendaftaran PTG atau Kaunter Pendaftaran PDT.
Sila klik pautan di bawha untuk melengkapkan borang permohonan semakan tersebut.
https://forms.gle/QhHJxKNC8cijyknU6
Pelanggan akan dihubungi sekiranya semakan telah dibuat dan sedia untuk berurusan di kaunter. Untuk makluman, kaedah ini hanya bersifat sementara sehingga pengurusan data hak milik strata selesai sepenuhnya.