Karnival Tanah Negeri Pahang Peringkat Daerah Cameron Highlands & Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2023
Anda dijemput memeriahkan karnival yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh   : 17 Ogos 2023 (Khamis)
Masa   : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Tengkolok, Tanah Rata, Cameron Highlands
Antara aktiviti yang menarik ialah pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah, kaunter bayaran cukai tanah, forum bicara tanah, cabutan bertuah, ceramah serta pelbagai pameran jabatan dan agensi.
Cenderamata disediakan bagi pengunjung terawal. Pembayar cukai dan pengunjung bertuah pula berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Jom datang beramai-ramai!



