Lawatan Teknikal Ke Sempadan Darat Negeri Pahang dan Negeri Kelantan
Lawatan Teknikal JBT Ke Sempadan Darat Antara Negeri Pahang dan Negeri Kelantan | 26 JANUARI 2023
JUPEM sebagai salah satu Jabatan yang menganggotai Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Pahang dan Negeri Kelantan telah bersama delegasi JBT kedua-dua buah negeri mengikuti lawatan teknikal ke sempadan darat antara kedua-dua Negeri di sekitar Lojing Highlands. Lawatan ini diketuai oleh kedua-dua Pengerusi JBT iaitu YBhg. Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Haji Ismail, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan dengan diiringi oleh YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang dan YBrs. Sr Jamil Faisal bin Yusoff, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan.
Turut serta dalam lawatan adalah pegawai-pegawai daripada PTG, Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan, UPEN serta JUPEM kedua-dua Negeri dan pegawai daripada BUP, NRECC, Bahagian Ehwal Persempadanan dan Pejabat Topografi Wilayah Kuantan, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung.
Taklimat berkenaan kawasan terlibat semasa sesi lawatan disampaikan oleh YBrs. Sr Jamil Faisal bin Yusoff, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan hasil lawatan telah membantu kedua-dua negeri mendapatkan penerangan yang jelas untuk mencapai satu titik persefahaman.




