Kursus Kaedah Penggunaan Dron for Mapping Solutions
26 Januari 2022, Kuala Lumpur – Satu kursus kaedah penggunaan dron telah diadakan kepada semua Penolong Pegawai Tanah (PPT) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang pada 26 hingga 27 Januari 2022 di Ibu Pejabat Syarikat Geoinfo Services Sdn Bhd. Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan dan teknik terbaik dalam memastikan kerja di lapangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.