Penyampaian Hadiah Pemenang Kuiz "Celik Kewangan"
Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Kuiz “Celik Kewangan” anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah berlangsung pada 19 Mei 2025 bertempat di Bilik Berlian, Bangunan PTG Pahang. Pertandingan yang telah diadakan pada 21 hingga 24 April 2025 ini telah dianjurkan oleh Unit Audit Pematuhan dan mendapat penyertaan seramai 84 orang pegawai dan kakitangan Pejabat PTG Pahang. YH. Dato' Razihan bin Adzharuddin, Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Individu dan Kategori Unit.
Pemenang bagi setiap Kategori Individu adalah seperti berikut:
Tempat ketiga: Encik Norbokhari bin Jamal dari Unit Strata;
Tempat kedua: Puan Amilia Suraya binti Muhammad Arif dari Unit Pendaftaran;
Tempat pertama: Encik Mohd Kamaruzaman bin Sulaiman dari Unit Hasil.
Manakala pemenang Kategori Unit adalah seperti berikut:
Tempat ketiga - Unit Pendaftaran
Tempat kedua - Unit Khidmat Pengurusan
Tempat pertama - Unit Pelupusan
Pertandingan ini bukan sahaja dapat menguji pengetahuan asas kewangan di kalangan warga kerja Pejabat PTG Pahang malah turut memberi nilai tambah dalam memupuk kesedaran celik kewangan secara menyeluruh.