Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Ujian Kesihatan dan Saringan Fizikal Jawatan Kontrak Perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah melaksanakan sesi Ujian Kesihatan dan Saringan Fizikal Jawatan Kontrak Perkhidmatan (CoS) Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan Majlis Sukan Pahang. Seramai 53 orang calon yang ditapis mengikut syarat kelayakan telah menghadiri sesi ini yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 22 dan 23 Januari 2025 di Kompleks Gimnasium SUKPA, Kuantan.

Susulan dari sesi ujian ini, seramai 36 orang calon telah berjaya dipilih ke sesi temuduga yang diadakan pada 10 dan 11 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bersama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Untuk maklumat, hanya 10 calon berjaya sahaja yang akan dipilih untuk mengisi jawatan tersebut di Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang di Cameron Highlands.