Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Larian MAPPA XX 2025 Wilayah Timur


Hampir 40 orang kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menyertai Larian MAPPA XX 2025 Wilayah Timur yang berlangsung pada 17 Mei 2025 bertempat di Wisma Belia, Kuantan.

Acara larian yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan INTAN Kampus Wilayah Timur ini merupakan sebahagian daripada pengisian Festival Belia Pahang 2025.
Warga PTG Pahang mengambil bahagian dalam acara 3km Fun Walk dan 5km Fun Run, dan semuanya berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat dan senyuman.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Bukan jarak yang menjadi ukuran, tetapi kebersamaan itu lebih bermakna.