Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Program Perhimpunan Bulanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang


Pada 3 Februari 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah mengadakan Program Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak bersama Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin. Dalam ucapannya, Dato’ Hamdan bin Hussin telah menyampaikan perkembangan dan pencapaian jabatan dan turut menekankan kepentingan mencapai sasaran kutipan hasil tanah negeri.

Program tersebut turut memperkenalkan pegawai dan kakitangan Baharu yang bertukar masuk ke jabatan ini serta penyerahan Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK1) dan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik bagi bulan Oktober hingga Disember 2024.