Majlis Perjumpaan Pengarah PTG Pahang bersama Pegawai dan Kakitangan.
14 Januari 2022, Jumaat - Satu Sesi Perjumpaan bersama Pengarah PTG, YH. Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, DSAP., DIMP., SMP., AAP. telah diadakan pada 14 Januari 2022 bertempat di Bilik Delima, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Sesi perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mengalu-alukan kedatangan pegawai-pegawai baru dan mengeratkan hubungan diantara kakitangan PTG.