Penghargaan Pencapaian Prestasi 100% Pindahmilik Tanah 1 Hari Bagi Tahun 2022
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menerima Penghargaan Pencapaian Prestasi 100% Pindahmilik Tanah 1 Hari Bagi Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Tanah Negara ke-7 Tahun 2023. Plak penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali dalam Majlis Perasmian Sambutan Persidangan Tanah Persekutuan yang telah diadakan pada 3 Ogos 2023 bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).


