Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Pahang
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang julung kalinya dipilih untuk sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) pada tahun 2023.
Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bagi Penilaian Akhir (Certification) melibatkan pasukan penilai yang dilantik oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan selaku Ketua Panel serta pasukan penilai yang pakar dalam bidang masing-masing. Lanjutan daripada itu, JKPTG melaksanakan Penilaian Akhir Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah PPTG Negeri Pahang pada 12 Julai 2023 (Rabu) dan 13 Julai 2023 (Khamis).
Dengan adanya Penilaian SSR ini, besarlah harapan Pentadbiran ini untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang selaras dengan matlamat menjadi Pentadbiran terunggul. Tambahan, Pentadbiran ini juga berhasrat menjadi sebuah agensi kerajaan berkesan dan berwibawa dalam perkhidmatan tadbir urus tanah bagi membantu mencapai matlamat pembangunan negara yang mampan.








