Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 Peringkat Pejabat PTG Pahang
30 November 2023, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah menganjurkan program Ceramah Integriti bertajuk Budaya Kerja Berintegriti, Cemerlang Organisasi yang disampaikan oleh Encik Hadi bin Ismail, dari Ibu Pejabat RISDA Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Bangunan PTG. Ia telah dihadiri oleh 30 orang kakitangan Pejabat PTG Pahang dan dirasmikan oleh Puan Siti Nor Rafidah binti Saiman, Timbalan Pengarah (Pendaftaran).
Program ini diadakan bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 Peringkat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang yang disambut sepanjang bulan November setiap tahun. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Integriti Citra Malaysia Madani" yang memperihalkan kerangka ikhtiar bagi mengembalikan martabat negara melalui teras pembangunan nilai, etika dan akhlak masyarakatnya.