Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Daerah Raub


Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang anjuran Penjabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub telah berjaya diadakan pada 22 Julai 2023 di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub. Karnival buat julung kalinya ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Karnival tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang awam dan turut dimeriahkan dengan pameran dari agensi-agensi serta badan-badan kerajaan. Melalui Karnival Tanah Pahang ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil termasuk cukai tanah berjumlah RM105,375,519.60.

Karnival Tanah Pahang akan menjelajah ke setiap daerah sehingga 30 September 2023. Sepanjang tempoh tersebut Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran denda lewat cukai tanah dan tempoh bagi insentif tersebut telah dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2023.

Nantikan Karnival Tanah Pahang ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Maran pada 5 Ogos 2023.

"Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab. Jelaskan Cukai Tanah Anda."

Karnival Tanah Pahang di Raub

Karnival Tanah Pahang di Raub

Karnival Tanah Pahang di Raub

Karnival Tanah Pahang di Raub