Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2023
Program Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2023 pada 2 September 2023 bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh telah dimulai dengan slot Bicara Tanah bertajuk Pelanggaran Syarat dan Penguatkuasaan Pencerobohan Tanah Kerajaan Oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Sesi tersebut diteruskan lagi dengan taklimat Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 oleh Encik Jaya bin Abu, wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Pada majlis tersebut, YB. Dato’ Sri telah menerima replika cek bayaran hasil tanah dari Majlis Perbandaran Temerloh, KC Zone Properties Sdn Bhd, Radikal Mutiara Sdn Bhd, Sinaran Salju Sdn Bhd, Spiral Harvest Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh dan Vieura Group Sdn Bhd.
Dalam sesi yang sama YB. Dato’ Sri turut menyerahkan Sijil Rakan Komuniti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) kepada Penghulu Mukim, penyerahan notis 5A dan kelulusan permohonan 204D kepada pemohon yang berjaya. Slot terakhir Bicara Tanah diteruskan dengan taklimat berkenaan Pengurusan Harta Pusaka oleh Encik Azri bin Azmi, wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2023 telah mencatatkan kutipan hasil tanah berjumlah RM 1,056,960.33. Tahniah warga Temerloh!