Latihan Penggunaan Sistem e-Strata Pahang
Latihan Penggunaan Sistem Pengkomputeran Hakmilik Strata Bagi Kutipan Cukai Petak Dan Blok Sementara Pembangunan Berstrata Di Negeri Pahang atau dikenali sebagai Sistem e-Strata Pahang telah dilaksanakan pada 19 hingga 20 Disember 2023 bertempat di Bilik Latihan Komputer, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan. Sistem yang telah dibangunkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang ini berfungsi untuk melaksanakan proses pengeluaran hakmilik baharu, pengiraan cukai petak, serta pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga hakmilik strata melalui Jadual Kelima Akta Hak Milik Strata 1985.
Sistem ini akan digunakan oleh Unit Strata, Unit Hasil dan Unit Pendaftaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan di semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dalam negeri Pahang bermula 1 Januari 2024. Siri latihan pada kali ini mensasarkan pengguna bagi kumpulan peranan Pendaftaran dan Hasil dan latihan bagi kumpulan Pentadbiran Sistem akan diadakan dalam siri yang lain.
Latihan ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator dari syarikat Cahaya Dimaju Sdn Bhd yang merupakan kontraktor dilantik sebagai pembangun sistem ini.