PTG Pahang Gondol 4 Anugerah dalam Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2023
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta seluruh warga kerja atas kejayaan memperoleh 4 anugerah pada Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2023 yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 14 Disember 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.
PTG Pahang telah menerima Platinum bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) berjumlah RM12,000.00, seterusnya Anugerah Kutipan Hasil Baharu Tertinggi serta Anugerah Kutipan Melebihi Sasaran 100% yang masing-masing bernilai RM30,000.00 dan Kutipan Hasil Tahun 2023 berjumlah RM10,000.00
Semoga dengan kejayaan ini dapat memotivasikan seluruh warga PTG untuk meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan dan meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.








