Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Taklimat Pelaksanaan Cukai Petak Bagi Hak Milik Strata di Negeri Pahang


Sesi Taklimat Pelaksanaan Cukai Petak Bagi Hak Milik Strata di Negeri Pahang telah diadakan pada 18 Disember 2023 bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan anjuran pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang.

Majlis ini telah dihadiri oleh seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PTG Pahang serta wakil-wakil dari Pentadbiran Tanah Pahang. Dalam majlis ini, tiga taklimat telah dibentangkan iaitu:
  1. Pelaksanaan Cukai Petak oleh Puan Atirah binti Nor Hashim, Penolong Pengarah (Pendaftaran) PTG Pahang.
  2. Pelaksanaan Sistem e-Strata Pahang oleh Puan Aimi Mardhiah binti Makhtar, Pegawai Teknologi Maklumat PTG Pahang.
  3. Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Selangor oleh Encik Mohd Khairul Azhar bin Abdul Samat, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pendaftaran Hakmilik PTG Selangor.
Taklimat ini diadakan sebagai memberi pemakluman awal sebelum pelaksanaan cukai petak atau blok sementara hak milik strata di negeri Pahang dikuatkuasa di negeri ini bermula 1 Januari 2024.

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak

Taklimat Pelaksananaan Cukai Petak