Bengkel Penyelarasan Maklumat Penggunaan Tanah Kerajaan Bagi Tujuan Laluan Talian Bekalan Elektrik Dan Kelengkapan Lain Oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Di Bawah Seksyen 12 Akta Bekalan Elektrik 1990
Pada 12 – 13 Jun 2023 (Isnin – Selasa) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah melaksanakan satu bengkel berkaitan Penyelarasan Maklumat Penggunaan Tanah Kerajaan bagi Tujuan Laluan Talian Bekalan Elektrik dan Kelengkapan Lain oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Seksyen 12 Akta Bekalan Elektrik 1990 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.
Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Encik Azora@Ahmad bin Shamsudin, Timbalan Pengarah Tanah Galian (Pembangunan). Turut serta dalam bengkel ini adalah pegawai-pegawai daripada unit Pelupusan PTG, Pejabat Daerah dan Tanah dan wakil-wakil daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Â
Â