Lawatan Kerja Pentadbir Tanah Negeri Pahang Ke Kilang Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 - Delegasi Pentadbir Tanah Negeri Pahang telah mengadakan satu sesi lawatan kerja di kilang cetak, Percetakan Nasional Malaysia Berhad di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Delegasi Pentadbir Tanah Negeri Pahang yang terdiri daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan wakil daripada Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah seluruh Pahang telah didedahkan berkaitan operasi teras dan perkhidmatan PNMB melalui taklimat yang disampaikan oleh wakil PNMB Kuala Lumpur serta lawatan tapak ke dalam kawasan kilang untuk melihat sendiri proses percetakan khususnya berkaitan dengan bil cukai tanah dan surat peringatan yang akan digunakan oleh Pentadbir Tanah Negeri Pahang.

Â
Â