Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Pengoperasian Semula Kafeteria Pejabat PTG Pahang


Pada 4 November 2024, Kafeteria Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dibuka semula secara rasmi setelah hampir setahun ditutup untuk proses penambahbaikan. Majlis perasmian disempurnakan oleh YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian Pahang dengan kehadiran pegawai dan kakitangan Pejabat PTG Pahang. Pembukaan semula kafeteria ini disambut baik oleh semua kakitangan yang merindui kemudahan makanan dan minuman yang mudah diakses. Kafeteria ini juga kini dilengkapi dengan persekitaran yang lebih selesa dan variasi hidangan yang lebih menarik sesuai dengan keperluan pelanggan yang berbeza-beza.

Berita ini bukan sahaja menggembirakan kakitangan Pejabat PTG Pahang, malah turut memudahkan kakitangan dari pejabat lain di sekitarnya serta orang awam yang datang berurusan di sini. Dengan pembaikan yang telah dijalankan, kafeteria ini diharap akan menjadi ruang pertemuan yang kondusif bagi para kakitangan dan juga pelanggan.

Pembukaan Semula Kafeteria PTG

Pembukaan Semula Kafeteria PTG

Pembukaan Semula Kafeteria PTG

Pembukaan Semula Kafeteria PTG

Pembukaan Semula Kafeteria PTG