Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2024


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad telah merasmikan Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh pada 11 Julai 2024 (Khamis). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jenderak, YB Dato' Rodzuan Zaaba, ADN Mentakab, YB. Tuan Woo Chee Wan dan Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan, YH. Dato' Ridzuan Hazimin bin Ramli.

Temerloh merupakan lokasi ketiga penganjuran Karnival Tanah Pahang bagi tahun 2024 yang dikelolai oleh Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli. Sepanjang penganjuran selama dua hari bermula 11 hingga 12 Julai 2024 ini, pihak penganjur dengan kerjasama lain-lain agensi kerajaan telah menyediakan pelbagai aktiviti dan peluang kepada orang awam melalui pembukaan reruai yang menawarkan perkhidmatan kaunter rundingan dan nasihat berkaitan urusan tanah. Selain itu, turut diadakan adalah dua slot Bicara Tanah yang membawakan topik berkaitan penguatkuasaan dan pemilikan tanah.

Sehingga ke penutupan karnival, jumlah kutipan hasil tanah yang telah berjaya dikutip adalah berjumlah RM20,722,547.50.

KTP Temerloh

KTP Temerloh

KTP Temerloh

KTP Temerloh

KTP Temerloh