Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Kursus Pengendalian Perkakasan ICT Bagi Pengurusan Mesyuarat


Kursus Pengendalian Perkakasan ICT Bagi Pengurusan Mesyuarat telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Ogos 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Kursus ini disertai oleh wakil Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam dari semua unit di jabatan ini.

Kursus ini memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam urusan pengendalian dan pemasangan Projektor LCD dan komputer riba bagi kegunaan taklimat/mesyuarat anjuran unit masing-masing. Ini sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada Unit Teknologi Maklumat memandangkan proses kerja tersebut adalah tidak kompleks dan memerlukan pengetahuan minima sahaja.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada penceramah iaitu Encik Albaris bin Ibnu Hajar, Juruteknik Komputer Kanan dari Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.


Kursus Pengendalian LCD Projector

Kursus Pengendalian LCD Projector

Kursus Pengendalian LCD Projector

Kursus Pengendalian LCD Projector

Kursus Pengendalian LCD Projector

Kursus Pengendalian LCD Projector