Latihan Pemahaman Dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah menganjurkan Latihan Pemahaman dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman kakitangan mengenai standard ISO/IEC 27001:2022. Latihan selama dua hari bermula 17 Oktober 2024 ini merupakan inisiatif pertama ke arah pelaksanaan pensijilan ISMS di jabatan ini. Kursus ini dikendalikan oleh jururunding dari SIRIM Academy Sdn Bhd, Encik Khalid bin Libar yang menggunakan pendekatan pengajaran yang mudah difahami dan praktikal bagi memastikan peserta dapat mencapai objektif dengan berkesan.
Sepanjang kursus tersebut, peserta diberi penekanan terhadap keperluan dan kepentingan keselamatan maklumat dalam operasi kerja organisasi serta mengenalpasti jurang amalan semasa dengan keperluan standard ISO/IEC 27001:2022. Pengarah PTG Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin menuntut supaya semua kakitangan memberi komitmen penuh bagi memastikan pelaksanaan ISMS berjaya direalisasikan di Pejabat PTG Pahang.





