Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Lawatan Kerja dan Kunjung Hormat JKPTG Persekutuan ke Pejabat PTG Pahang


Pada 27 Februari 2024 yang lepas, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan telah mengadakan Lawatan Kerja dan Kunjung Hormat ke Pejabat PTG Pahang. Lawatan ini diadakan bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Sistem Pengkomputeran Hak Milik Strata di Negeri Pahang atau Sistem e-Strata Pahang  yang akan mula beroperasi secara penuh bermula 1 Mac 2024 ini.

Turut hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah YBrs. Tuan Abdul Aziz bin Mohd Johdi, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan bersama pegawai-pegawai kanan JKPTG Persekutuan seramai 12 orang.

Ahli lawatan telah diberi penerangan dan demonstrasi sistem oleh Unit Pendaftaran dan wakil syarikat yang dilantik untuk membangunkan Sistem e-Strata Pahang di Bilik Mesyuarat Berlian, PTG Pahang. Delegasi JKPTG Persekutuan juga melakukan lawatan ke bilik kebal, bilik server dan kaunter urusan yang terlibat bagi urusan pengoperasian Sistem e-Strata Pahang.

Sesi lawatan yang bermula pada jam 2.30 petang ini berakhir pada jam 6.00 petang. Pejabat PTG Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh delegasi atas perkongsian dan khidmat nasihat  yang diberi sebagai maklum balas kepada pemantauan persediaan pelaksanaan Sistem e-Strata Pahang ini.

Lawatan JKPTG Persekutuan