Lawatan Sesi Libat Urus Berkaitan Permit Batuan dan Lesen Mineral Antara Negeri Sembilan dan Negeri Pahang
YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Puan Marlia binti Mohd Belia, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan pegawai kanan pentadbiran tanah Negeri Sembilan bagi Sesi Libat Urus Berkaitan Permit Batuan dan Lesen Mineral Antara Negeri Sembilan dan Negeri Pahang pada 22 Mac 2024 yang lalu.
Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam tersebut bertujuan untuk bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu semasa permit bahan batuan, lesen mineral dan penguatkuasaan di antara kedua-dua negeri. Semoga hasil perkongsian sesi hari ini dapat membantu dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara pentadbiran tanah Negeri Sembilan dan Negeri Pahang.
