Pencapaian 100% Pindah Milik Tanah Dalam 1 Hari Tahun 2023
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang berjaya mengekalkan prestasi Pencapaian 100% Pindah Milik Tanah Dalam 1 Hari Tahun 2023. Pengiktirafan ini telah diterima oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Negara Ke-8 Tahun 2024 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan pada 31 Julai 2024.


