Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Latihan Penggunan Sistem e-Strata Pahang Tahun 2024


Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menganjurkan Latihan Pengguna Sistem e-Strata pada 7 hingga 8 Oktober 2024 bertempat di Makmal ICT Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kursus ini bertujuan untuk melatih pengguna baru mengenai pengoperasian Sistem e-Strata Pahang dalam pengurusan urus niaga pendaftaran hak milik strata di negeri Pahang. Peserta dilatih untuk memahami ciri-ciri sistem, serta prosedur yang berkaitan dengan pendaftaran dan pengurusan hak milik strata.

Latihan ini juga memberi penekanan kepada proses kutipan cukai petak, yang merupakan komponen penting dalam memastikan kutipan cukai petak hasil diurus dengan baik. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang sistem ini, peserta diharapkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan berkesan sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. Inisiatif ini merupakan langkah positif ke arah pendigitalan pentadbiran tanah di negeri Pahang serta memastikan pengoperasian yang sistematik diamalkan dalam pengurusan hak milik strata.

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024

Latihan Sistem e-Strata 2024