Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW Peringkat Pejabat PTG Pahang
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah menganjurkan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW pada 14 Oktober 2024 dengan pelaksanaan Skop Pertama iaitu Saringan Kesihatan. Taklimat awal telah disampaikan oleh Dr. Mohd Nasaruddin Fakhrullah, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Indera Mahkota yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan kepentingan saringan kesihatan dan lain-lain skop di bawah Program KOSPEN WOW.
Warga kerja Pejabat PTG Pahang telah mengambil peluang ini untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma yang disediakan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu dalam mengenal pasti isu kesihatan secara awal, tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dna kakitangan. Melalui Program KOSPEN WOW ini diharapkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan akan terus dipupuk seterusnya menyokong usaha pembinaan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.






