Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Pengemaskinian Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 Bagi tahun 2025


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah mengadakan Sesi Pengemaskinian Perakuan (Lampiran C) dan (Lampiran E) Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi Tahun 2025 bersama semua kakitangan Pejabat PTG Pahang pada 13 Januari 2025. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang di Malaysia yang bertujuan untuk melindungi maklumat rasmi kerajaan daripada didedahkan atau disebarkan secara tidak sah. Akta ini mengklasifikasikan dokumen, maklumat, dan perkara rasmi tertentu sebagai rahsia rasmi, dan sesiapa yang mendedahkan maklumat tersebut tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat.

Bacaan ikrar perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 tersebut terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu sesi pertama bersama Pembantu Khidmat Am, Lantikan MySTEP, Kontrak Perkhidmatan (COS dan CFS) yang diketuai oleh Encik Mohd Kharuddin bin Jamaluddin. Manakala sesi kedua adalah bagi kumpulan Pegawai, Penolong Pegawai dan Pembantu Tadbir yang dipimpin oleh Encik Khairul Izzha bin Ahmad dan Encik Azlan bin Rahamad.