Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bera Tahun 2023
Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bera Tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 9 September 2023 mulai jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Bera yang dibuka untuk urusan bayaran cukai tanah telah diserbu orang ramai seawal jam 8.00 pagi. Manakala Slot Form Bicara Tanah telah bermula pada jam 9.30 pagi membariskan empat orang panel yang dijemput untuk mengulas topik yang dibicarakan iaitu:
a) Pusaka oleh Tuan Haji Amre bin Haji Malek dari JKPTG Pahang
b) Kaedah Pertukaran Syarat Kegunaan Tanah oleh Tuan Azora @Ahmad bin Shamsudin dari PTG Pahang
c) Kesalahan-Kesalahan di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 oleh Encik Mohammad Fahmi bin Mohd Fikri dari UPNP
d) Lot Lidi oleh Haji Ghazali bin Haji Abu Bakar dari PTG Pahang
Moderator yang mengendalikan sesi forum ini ialah Encik Mohd Roszaimi bin Abd Ghani dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Pengunjung turut mengambil kesempatan mengunjungi gerai jualan dan pameran dari pelbagai agensi dan syarikat termasuk Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah.
Majlis Perasmian Karnival Tanah Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera Tahun 2023 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sabariah binti Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai. YB. Dato' dalam ucapannya menyeru kepada penduduk Daerah Bera agar terus melaksanakan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah sebagai tanda mensyukuri atas nikmat pemilikan tanah masing-masing. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin serta Pegawai Daerah Bera, YH. Dato' Zaman Azam bin Mohamad Sarif@Ahmat.
YB. Dato' Sabariah turut menyampaikan Sijil Pelantikan Rakan Komuniti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dan Penyampaian Suratan Hak Milik kepada 213 orang Peneroka FELDA Triang 1. Beliau juga turut meluangkan masa melawat ke tapak-tapak pameran jabatan dan agensi yang terlibat diiringi oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta Pegawai Daerah Bera.
Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Bera Jumlah telah mencatatkan kutipan hasil tanah yang terkumpul sebanyak RM466,164.00.